TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Penang Trick Art Museum

Alhamdulillah, cuti hujung minggu kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Selepas 3 hari berada di Pulau Langkawi kerana menghadiri kursus peringkat negeri Kedah, saya berpeluang menghabiskan masa bersama anak anak.

Kali ini kami ke Muzium 3D art di Pulau Pinang. Lebih menyeronokan bila dapat meluangkan masa berkualiti bersama anak anak.

                                                           Muzium 3D ini terletak di

10, Lebuh Penang, Georgetown
10200 Georgetown, 
Pulau Pinang 


Bayaran masuk: 

Dewasa  Rm15
Kanak kanak 4-12 tahun Rm10
Kanak kanak bawah 4 percuma
Warga emas Rm10.

Muzium ini mempunyai 2 tingkat. MuZium ini menyeronokkan bagi yang suka bergambar. Pelbagai seni lukisan menarik yang dilukis seolah olah anda berada ditempat tersebut.

Ada staff muzium berada dekat dengan anda untuk membantu anda dapatkan imej yang terbaik dengan camera.

Kalau tak ada, boleh rujuk dengan gambar gambar yang sudah diambil dan diletakkan di dinding untuk bantu anda.

Spot spot tertentu telah dilabel di lantai untuk anda tahu anda berada di spot yang betul untuk dapatkan trick gambar yang baik dari gambar yang telah dilukis. Spot spot yang telah ditanda dilantai sangat membantu!

Anak anak saya sangat seronok beraksi di depan kamera. Cuma anak saya yang bongsu masih agak keberatan untuk mengikut abang dan kakaknya.

Secara keseluruhan, muzium ini lebih kurang sama dengan muzium Art di I city yang pernah saya lawat sebelum ini. Cuma mungkin harganya berbeza.

Jom tengok gambar gambar menarik yang sempat saya rakam bersama anak anak.















Jangan lupa untuk singgah ke Muzium 3D ini kalau anda berkunjung ke Pulau Pinang. Ia merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di sini. 



0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in