TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Ujian Saringan Kanser Servik Yang Mudah & Tidak Sakit

Baru baru ini doktor pakar di klinik saya memanggil semua pegawai perubatan di klinik untuk membuat pengumuman penting. Pengumuman tentang kaedah baru yang diperkenalkan oleh KKM untuk membuat saringan kanser serviks.

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim banyak berlaku di kalangan wanita di Malaysia sebab itu saringan kanser ini diperkenalkan. Saringan ini adalah untuk mengenalpasti wanita yang berisiko untuk mendapat perubahan awal sel kanser pada bahagian pangkal rahim dan diberi rawatan awal dan prognosis sangat baik.


Sebelum ini, kaedah yang digunakan untuk membuat saringan kanser ini adalah dengan menggunakan pap smear. Untuk membuat pap smear, bahagian vagina pesakit akan dibuka menggunakan speculum atau orang lebih suka panggil ‘mulut itik’. Saya tak suka pap smear sebab kena segan nak mengadap jururawat di klinik dan juga sebab penggunaan alat speculum tersebut.


Bila doktor pakar membuat pengumuman tentang kaedah baru ini dan mengeluarkan arahan agar semua MO WAJIB merasa, memang saya ada rasa keberatan untuk melakukan satu perkara tanpa kerelaan hati. Saya mengambil masa yang agak lama sebelum menyerah diri untuk pergi berjumpa jururawat yang bertugas untuk membuat pemeriksaan tersebut. Sebelum suruh pesakit rasa kaedah tu, doktor kena rasa dulu. Baru betul dan boleh buat promosi besar besaran. Itu la agaknya agenda doktor pakar saya. Hahaha.

Jom saya cerita perkara perkara yang anda kena tahu tentang kaedah baru ini.
1- Kaedah baru saringan kanser serviks adalah HPV DNA VAGINA SWAB (self sampling)

2- Untuk siapa: wanita yang berumur 30 tahun hingga 49 tahun
Yang sudah pernah melakukan hubungan seksual
Tarikh terakhir membuat pap smear 2 tahun yang sebelum itu.

3- HPV atau Human Papilloma Virus adalah virus yang dikaitkan dengan kanser serviks. Ada lebih 100 jenis Human Papilloma Virus dan HPV jenis 16 dan 18 menyumbang 70% hingga 80% penyebab kanser serviks.

4- Ujian HPV DNA vagina swab ini tidak sesuai kepada wanita muda di bawah umur 21 tahun kerana ada imunisasi yang diberikan oleh KKM dan kajian menunjukkan jangkitan HPV di usia muda akan pulih sepenuhnya tanpa sebarang rawatan melalui mekanisma sistem imuniti badan sedia ada.

5- Masa yang sesuai untuk membuat ujian ini adalah 5 hingga 10 hari selepas haid. JANGAN BUAT MASA HAID yer.
Tolong elakkan perkara perkara ini sebelum datang ke klinik untuk membuat ujian ini.
❌ basuh vagina dengan larutan cecair (douching)
❌ gunakan tampon
❌ melakukan hubungan seks
❌ memasukan sebarang benda ke dalam vagina contoh seperti ubat

6- Bila bertemu dengan jururawat, salah satu perkara yang akan dibuat adalah untuk mengisi borang berkenaan dengan pesakit. Ini contoh borang yang digunakan.

                

7- Ini saya tunjukkan contoh vagina swab yang akan diberikan oleh jururawat kepada pesakit. Sama macam cotton bud yang kiga guna untuk bersihkan telinga cuma lebih panjang. Vagina swab ini sudah siap dilabel dengan nama dan no kad pengenalan bagi tujuan identifikasi. Ujian ini perlu dilakukan di klinik yer. Bukan boleh bawa balik ke rumah.




8- Seterusnya adalah gambar bagaimana wanita harus mengambil sampel sel pada dinding vagina menggunakan swab yang diberikan oleh jururawat.

9- Keputusan ujian saringan ini adalah sangat cepat berbanding dengan menggunakan kaedah pap smear iaitu lebih kurang 2 minggu. Allahuakbar, rasa gerun juga menunggu keputusan ujian ini sebenarnya.

10- keputusan ujian ini akan menentukan tatacara pengendalian rawatan seterusnya.

i- Ini keputusan ujian saya. Alhamdulillah NORMAL. Ujian seterusnya perlu diulang 5 tahun berikutnya.


ii- jika keputusan invalid atau unsatisfactory, berkemungkinan cara pengambilan sampel adalah salah dan perlu diulang semula dan ujian akan dikendalikan oleh jururawat.


iii- jika HPV Non 16/18 yang positive, wanita tersebut perlu melakukan pap smear untuk mendapatkan sel di bahagian serviks untuk pemeriksaan lanjut.


iv- jika HPV 16/18 yang positive, wanita tersebut akan dirujuk ke hospital untuk pap smear dan Kolposcopi.

11- Jururawat akan memberikan kad temujanji kepada pesakit untuk ujian seterusnya.


Saya harap semua wanita di luar sana mengambil kesempatan ini untuk membuat ujian saringan HPV DNA di klinik kesihatan berhampiran dengan tempat tinggal anda atau di Klinik Nur Sejahtera di bawah seliaan LPPKN. Ia adalah untuk kebaikan dan kesihatan diri sendiri. 

Sungguh ujian ini mudah dan tidak menyakitkan langsung. Percayalah kerana saya sendiri telah membuatnya!


Rujukan



Reunion MARESMART PKP 8 (1998/1999)

Saya nak kongsi 10 perkara menarik tentang reunion sekolah saya. Still tak boleh move on dari event besar ni. Wall kawan kawan masih penuh dengan gambar gambar sepanjang majlis.


Saya bersekolah di MRSM Taiping. kitorang bagi nama manja MARESMART. Batch PKP 8, SPM tahun 1999. Jadi secara tak sengaja dah boleh agak umur saya dan kawan kawan sekarang. 

Reunion ni adalah sempena 20 tahun selepas kami keluar dari sekolah.
Matlamat utama nak himpunkan semula semua bekas bekas pelajar tahun tersebut. Eratkan balik silaturrahim sesama sendiri.

ROLLCALL


Saya suka perkataan yang jawatankuasa Reunion pilih. "Rollcall". Kali pertama saya dengar perkataan ni bila masuk maktab.

Bila dengar jer ada rollcall memang ketaq lutut. Sebab dah tau senior nak membebel.

Ada ja kesalahan atau perkara yang tak kena di mata senior. Kadang kadang kesalahan yang tak masuk akal bila fikir balik. Ada sekali kena rollcall tengah malam. Siap suruh mengsaya siapa yang buat salah. Kalau tak mengsaya, satu batch kena.

Jadi bila guna perkataan rollcall, maksudnya kena la datang kan? Kena buat surat tunjuk sebab kalau tak mai reunion tau. Hahaha.

RM98.99

Baru perasan tentang harga yang setiap orang kena bayar untuk datang reunion. RM98.99 sempena tahun yang kitorang daftar masuk maktab tahun 1998 dan keluar tahun 1999. Simbolik dari jawatankuasa Reunion. 

ATURCARA MAJLIS

Saya paling suka tentang aturcara majlis yang disusun. Kreatif. Buat aturcara majlis 3 jam ikut jadual harian budak maktab. Mengimbas kenangan 2 tahun di Maresmart.


Siap ada pep talk pagi. Nyanyi lagu maktab.
Senaman.
Makan.
Prep petang.

Sungguh saya rindu. Hampir berderai ayaq mata tengok video gambar gambar lama. Tambah lagi bila gamba kawan kawan yang dah tak ada terpampang di skrin besar. 😭 Video ucapan dari kawan kawan yang berada di perantauan pun dimasukkan sekali. 

CIKGU

Siapalah kami tanpa guru. Di sebalik kejayaan kami sekarang, ada guru guru yang hebat.
Semua cikgu yang pernah mengajar dan jadi cikgu homeroom dijemput sama untuk hadir. Termasuk bekas pengetua, cikgu hal ehwal murid, cikgu disiplin dan cikgu kaunseling.


Jawatankuasa berusaha trace semua cikgu termasuk lah yang dah pencen dan dah pindah. Bagus sungguh depa ni.


Ucapan bekas pengetua yang paling win, dia kata walaupun dia dah pencen dia masih rasa muda sebab ada orang umur 94 tahun masih masuk pejabat punch kad pukul 8. Jadi bila pengetua rasa dia muda, apatah kami yang umur tak sampai 40 ni kan? Hihihi.

Terima kasih cikgu!

PHOTOBOOTH

Saya suka photobooth ni. Masa ambil gambar dekat photobooth ni tak payah nak control ayu sangat. Boleh ja buat aksi gila gila. Lupa sat tanggungjawab kat rumah dan tempat kerja.


Jadi remaja 17 tahun yang tanggungjawabnya hanya belajar di sekolah.

LUCKY DRAW

Walaupun tak bertuah malam tu, hadiah hadiah yang ditaja memang best. Baucer Ikea, TV, vacuum, toaster dan yang paling menarik, ada kawan kitorang taja apple watch!

Semoga Murah rezeki penaja semua. Buat majlis lagi meriah.

Sebenarnya berharap juga dapat belated birthday gift through lucky draw ni. Hahaha. Tapi tak pa, jumpa kawan kawan lama adalah hadiah yang lebih berharga, tak ternilai, tak terucap dengan kata kata.

LOKASI

Lokasi majlis reunion di Dash Box Hotel Cyberjaya tu saya rasa cukup tepat. Dewan tu tak terlalu besar. Sedang elok untuk semua yang hadir.

Ada backdrop lakaran Dewan Besar Sri Larut daripada pelajar maktab sendiri yang diletakkan di pintu dewan. Backdrop ni jadi tempat untuk ambik gambar dan belagak retis gitu. 



Saya dapat agak kenapa Dewan Sri Larut dipilih sebagai gambar utama untuk majlis kami. Dewan itulah menjadi lokasi utama menerima kami ketika mula mendaftar sebagai budak maktab. Dalam dewan itulah, kami berhimpun mendengar amanat cikgu. Dalam dewan itulah, kami bertempur tanpa senjata, memerah otak ketika peperiksaan SPM dan dalam dewan keramat itulah kami menerima sijil graduasi sebagai pelajar MRSM Taiping. 

Atas meja makan pon ada setting yang superb! Baru saya tahu DIY jer. Gigih sungguh ahli Jawatankuasa buat kerja. 

Satu perkataan untuk describe semuanya. Perfect!

JURUGAMBAR PROFFESSIONAL

Dalam dok sibuk ambil gambar guna fon sendiri, ada fotographer professional yang ditugaskan mengambil gambar sepanjang majlis berjalan. Bukan takat gambar, video pon ada.

Harapnya adalah gambar gambar saya yang terselit nanti yang diambil oleh photographer tu.

Kalau tak ada, memang nak kena photographer ni. Bukan selalu nak melaram. Hihihi.

SOUVENIRS

Setiap bekas pelajar yang hadir akan dapat cenderahati.
Ada T shirt.
Ada pelekat kereta.
Ada badge nama.
Ada poskad.
Ada biskut dan susu latte.
Ada voucher skin Valet.
Bagi pula dalam bag yang ditempah khas.




Memang akan disimpan semuanya. Kenangan seumur hidup kot.


MEMORY CORNER

Bahagian untuk mengimbau kenangan dari mula dapat surat tawaran ke maktab hinggalah ke hari graduasi.

Ada surat tawaran, kad pelajar, kad outing, majalah Bitara, t shirt homeroom dan ada yang masih simpan baju outing masa belajar dulu.


Sentimental value sungguh benda benda ni!

Gambar gambar lama yang dicetak dan dikongsi semula di bahagian ini.


Rindu yang mencengkam. Kalau ada mesin masa doraemon, saya nak balik semula ke zaman ni.


Persediaan majlis yang memang rapi dan alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Cuma masa sangat terhad. Mana mungkin 20 tahun punya cerita boleh habis dalam masa 3 jam ja! saya cadangkan Kena buat lagi sekali la. Hahaha.

saya yang mula mula malas nak turun cyberjaya ni memang rasa berbaloi. Siap ambik cuti lagi nak turun reunion. Semata mata untuk jumpa kawan kawan lama. 

Majlis ni penuh dengan kenangan.
Yang terindah dalam diari hidup saya. saya tak suka masa rollcall kat maktab tapi saya sangat enjoy rollcall kali ni. Hahaha. Siap minta nak rollcall lagi sekali.

Sebenarnya lebih dari 10 perkara menarik tentang reunion ni tapi yang ni ja yang saya larat nak tulis.

Untuk semua ahli jawatankuasa reunion 20 tahun Maresmart 98/99, semoga Allah limpahkan pahala yang berterusan atas usaha kalian menyatukan semua yang pernah berada di bawah satu bumbung di Taiping 20 tahun yang lalu.

Satu perkara ja yang nak bagitau, walaupun saya hanya budak yang wajahnya jarang senyum masa kat maktab tapi saya bangga jadi sebahagian dari kenangan remaja kawan kawan ketika itu 😃


Again thank you so much!
Friendship till jannah. ❤️❤️


VIDEO sempena Reunion 20 Yrs MARESMART 98/99





 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in