TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Ujian Saringan Kanser Servik Yang Mudah & Tidak Sakit

Baru baru ini doktor pakar di klinik saya memanggil semua pegawai perubatan di klinik untuk membuat pengumuman penting. Pengumuman tentang kaedah baru yang diperkenalkan oleh KKM untuk membuat saringan kanser serviks.

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim banyak berlaku di kalangan wanita di Malaysia sebab itu saringan kanser ini diperkenalkan. Saringan ini adalah untuk mengenalpasti wanita yang berisiko untuk mendapat perubahan awal sel kanser pada bahagian pangkal rahim dan diberi rawatan awal dan prognosis sangat baik.


Sebelum ini, kaedah yang digunakan untuk membuat saringan kanser ini adalah dengan menggunakan pap smear. Untuk membuat pap smear, bahagian vagina pesakit akan dibuka menggunakan speculum atau orang lebih suka panggil ‘mulut itik’. Saya tak suka pap smear sebab kena segan nak mengadap jururawat di klinik dan juga sebab penggunaan alat speculum tersebut.


Bila doktor pakar membuat pengumuman tentang kaedah baru ini dan mengeluarkan arahan agar semua MO WAJIB merasa, memang saya ada rasa keberatan untuk melakukan satu perkara tanpa kerelaan hati. Saya mengambil masa yang agak lama sebelum menyerah diri untuk pergi berjumpa jururawat yang bertugas untuk membuat pemeriksaan tersebut. Sebelum suruh pesakit rasa kaedah tu, doktor kena rasa dulu. Baru betul dan boleh buat promosi besar besaran. Itu la agaknya agenda doktor pakar saya. Hahaha.

Jom saya cerita perkara perkara yang anda kena tahu tentang kaedah baru ini.
1- Kaedah baru saringan kanser serviks adalah HPV DNA VAGINA SWAB (self sampling)

2- Untuk siapa: wanita yang berumur 30 tahun hingga 49 tahun
Yang sudah pernah melakukan hubungan seksual
Tarikh terakhir membuat pap smear 2 tahun yang sebelum itu.

3- HPV atau Human Papilloma Virus adalah virus yang dikaitkan dengan kanser serviks. Ada lebih 100 jenis Human Papilloma Virus dan HPV jenis 16 dan 18 menyumbang 70% hingga 80% penyebab kanser serviks.

4- Ujian HPV DNA vagina swab ini tidak sesuai kepada wanita muda di bawah umur 21 tahun kerana ada imunisasi yang diberikan oleh KKM dan kajian menunjukkan jangkitan HPV di usia muda akan pulih sepenuhnya tanpa sebarang rawatan melalui mekanisma sistem imuniti badan sedia ada.

5- Masa yang sesuai untuk membuat ujian ini adalah 5 hingga 10 hari selepas haid. JANGAN BUAT MASA HAID yer.
Tolong elakkan perkara perkara ini sebelum datang ke klinik untuk membuat ujian ini.
❌ basuh vagina dengan larutan cecair (douching)
❌ gunakan tampon
❌ melakukan hubungan seks
❌ memasukan sebarang benda ke dalam vagina contoh seperti ubat

6- Bila bertemu dengan jururawat, salah satu perkara yang akan dibuat adalah untuk mengisi borang berkenaan dengan pesakit. Ini contoh borang yang digunakan.

                

7- Ini saya tunjukkan contoh vagina swab yang akan diberikan oleh jururawat kepada pesakit. Sama macam cotton bud yang kiga guna untuk bersihkan telinga cuma lebih panjang. Vagina swab ini sudah siap dilabel dengan nama dan no kad pengenalan bagi tujuan identifikasi. Ujian ini perlu dilakukan di klinik yer. Bukan boleh bawa balik ke rumah.




8- Seterusnya adalah gambar bagaimana wanita harus mengambil sampel sel pada dinding vagina menggunakan swab yang diberikan oleh jururawat.

9- Keputusan ujian saringan ini adalah sangat cepat berbanding dengan menggunakan kaedah pap smear iaitu lebih kurang 2 minggu. Allahuakbar, rasa gerun juga menunggu keputusan ujian ini sebenarnya.

10- keputusan ujian ini akan menentukan tatacara pengendalian rawatan seterusnya.

i- Ini keputusan ujian saya. Alhamdulillah NORMAL. Ujian seterusnya perlu diulang 5 tahun berikutnya.


ii- jika keputusan invalid atau unsatisfactory, berkemungkinan cara pengambilan sampel adalah salah dan perlu diulang semula dan ujian akan dikendalikan oleh jururawat.


iii- jika HPV Non 16/18 yang positive, wanita tersebut perlu melakukan pap smear untuk mendapatkan sel di bahagian serviks untuk pemeriksaan lanjut.


iv- jika HPV 16/18 yang positive, wanita tersebut akan dirujuk ke hospital untuk pap smear dan Kolposcopi.

11- Jururawat akan memberikan kad temujanji kepada pesakit untuk ujian seterusnya.


Saya harap semua wanita di luar sana mengambil kesempatan ini untuk membuat ujian saringan HPV DNA di klinik kesihatan berhampiran dengan tempat tinggal anda atau di Klinik Nur Sejahtera di bawah seliaan LPPKN. Ia adalah untuk kebaikan dan kesihatan diri sendiri. 

Sungguh ujian ini mudah dan tidak menyakitkan langsung. Percayalah kerana saya sendiri telah membuatnya!


Rujukan



0 comments:

Post a comment

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in