TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Batuk Kering Atau TB

Beberapa hari lepas, seorang banduan yang masih dalam hukuman datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Banduan tersebut mengadu
✔️batuk sudah hampir sebulan
✔️ demam berulang ulang
✔️turun berat badan
✔️ kurang selera makan.

Bila banduan mengadu simptom simptom yang saya sebutkan di atas, diagnosis yang paling atas dalam fikiran saya adalah batuk kering atau Tuberculosis @ TB. Penyiasatan yang seterusnya perlu dijalankan adalah

1- pemeriksaan radiologi
2- pemeriksaan sampel kahak
3- pemeriksaan darah.

Pemeriksaan radiologi dan sampel kahak memang membuktikan banduan tersebut menghidap jangkitan kuman tuberculosis.

Penyakit TB merupakan penyakit berjangkit yang merbahaya dan boleh membawa maut jika tidak mendapatkan rawatan yang sempurna. Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tubercle Bacilli yang kebanyakan menyerang paru paru ( TB Pulmonari) namun ia juga boleh menyerang organ organ lain seperti otak, tulang, usus, kelenjar, kulit dan buah pinggang ( TB extra pulmonari)

Antara simptom simptom penyakit TB paru paru adalah
✔️ batuk melebihi 2 minggu
✔️ kurang selera makan
✔️ susut berat badan
✔️ demam
✔️ berpeluh di waktu malam
✔️ batuk berdarah

Kuman TB disebarkan melalui udara. Pesakit TB akan mengeluarkan kuman TB ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman TB terutama mereka yang terdedah kepada pesakit lebih dari 8jam sehari dalam tempat yang sama contoh ahli keluarga atau tempat kerja.

TB pulmonari didiagnos apabila pesakit mempunyai cukup 2 dari 3 kriteria.
Kriteria tersebut adalah
1- simptom penyakit TB
2- keputusan radiologi yang positif
3- sampel kahak yang positif

Ini contoh x ray pesakit TB paru paru. Bahagian putih atas sebelah kiri menunjukkan bahagian paru paru yang dijangkiti kuman TB 
  

Golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan penyakit TB adalah
✔️ pesakit diabetes
✔️ warga emas
✔️ kanak kanak
✔️ pesakit HIV
✔️ golongan yang merokok
✔️ golongan yang tinggal di pusat jagaan atau penjara
✔️ Mereka yang pernah terdedah dengan pesakit TB


Related image

Jika pesakit mendapat jangkitan kuman TB, terutama TB pulmonari / TB paru paru, tempoh masa rawatan adalah sekurang kurangnya enam bulan. Rawatan TB adalah secara Direct Observation Therapy di mana pesakit perlu ke klinik dan makan ubat di bawah pengawasan staff perubatan. Ini bagi mengurangkan masalah resistance ubat TB dan juga memantau kesan sampingan ubat TB yang selalu berlaku dan boleh membawa maut. Pesakit TB yang engkar rawatan boleh dicaj oleh pihak berkuasa atas alasan menyebarkan penyakit yang merbahaya kepada orang awam.

Selain daripada itu, orang orang yang tinggal bersama pesakit atau yang terdedah kepada pesakit lebih dari 8 jam sehari juga akan diarahkan untuk datang ke klinik untuk pemeriksaan saringan kontak pesakit TB.

Kementerian Kesihatan Malaysia memang sedaya upaya mengekang penyakit TB dari tersebar kepada masyarakat. Bukan setakat untuk merawat penyakit tersebut tapi juga untuk mengekang masalah resistance TB di mana kuman TB tidak dapat lagi dirawat dengan ubat antiTB sedia ada.


Image result for tuberkulosis malaysia
Jaga etika semasa batuk supaya kita dapat mengurangkan jangkitan kuman TB 
Semoga perkongsian ringkas ini membantu semua yang membaca. 


0 comments:

Post a comment

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in