TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Latih Anak Belajar Menulis Dengan Buku 125 Latihan Menulis


 MENULIS ADALAH SATU KEMAHIRAN

Anak anak perlu mempunyai beberapa kemahiran lain terlebih dahulu dan antara kemahiran yang diperlukan adalah kemahiran memegang dan mengawal pensel dengan betul.❤

Ada tak mak ayah yang mempunyai anak anak yang:

⏺Suka membaca tapi tak suka menulis?

⏺Selalu elak aktiviti menulis?

⏺Menulis sekejap dan terus berhenti menulis?

⏺Menangis bila disuruh menulis?

⏺Menulis dengan cara yang salah?

⏺Selalu bersungut sakit jari bila menulis?

⏺Atau stress setiap kali aktiviti menulis di jalankan


Jika anak anda ada masalah di atas, kini kami ada penyelesaiannya. Dr Mahani Razali Pakar pendidikan awal kanak kanak telah menghasilkan satu buku latihan yang dinamakan BUKU 125 LATIHAN KAWALAN PENSEL bagi membantu anak anak dapat memegang pensel dengan betul dan mengawal pegangan pensel tersebut. Menurut beliau sebelum meminta anak anak menulis, anak-anak perlu dilatih untuk mempunyai kawalan pensel yang betul supaya aktiviti menulis menjadi lebih mudah & menyeronokkan. Bila anak-anak dah boleh pegang pensel dengan betul, barulah anak-anak boleh menulis secara konsisten walaupun perlu menulis pada kelajuan berbeza.


Apa lagi kelebihan buku BUKU 125 LATIHAN KAWALAN PENSEL oleh Dr. Mahani Razali ni?

Buku ini dihasilkan khusus bagi membantu kanak-kanak mempunyai supaya kemahiran mengawal pegangan pensel. Bagaimana buku ini boleh bantu anak-anak berlatih menulis?

Okay, jom baca details kat bawah ni⬇

❤Buku ini disusun secara bertahap mula dengan aktiviti yang paling mudah sehingga aktiviti yang lebih sukar

❤Sebagai permulaan aktiviti untuk membantu kanak-kanak membina keyakinan diri untuk pegang pensil dengan betul

❤Aktiviti ini membantu anak anak membina kemahiran motor kecil iaitu kemahiran yang sangat diperlukanj untuk anak anak dapat menulis dengan betul

❤Membantu kanak-kanak menulis secara konsisten dengan cantik walaupun menulis dengan laju.

❤Yang paling best, grafik berwarna warni dan menarik membuatkan anak-anak tertarik untuk terus melakukan aktiviti kawalan pensel dan seterusnya menulis secara konsisten. Practice Makes Perfect!☺

❤Bersaiz A4 dan mempunyai 125 Muka surat

Jom saya bagi sikit teaser buku warna warni ni... 




Ibu Ayah dan cikgu2 boleh dapatkan sekarang dengan harga RM20 SAHAJA 😍 Nak?
Kalau ada yang nak sample buku pon boleh. Jangan segan segan hubungi saya. 
Boleh klik link di SINI


4 Tips Ajar Anak Pegang Pensel

 Saya nak kongsi tips dari guru pendidikan awal kanak kanak yang dikongsikan dalam kelas Mommy Happy. 😀











Semoga tips yang diberikan berguna dan boleh diamalkan untuk bantu anak anak 
belajar menulis dengan betul.




10 Aktiviti Asah Skil Motor Halus Kanak Kanak

 


Skil motor halus ni sangat penting tau. Sebab ia melibatkan penggunaan halus otot-otot kecil
yang mengawal jari & tangan. 

Skil ni untuk membolehkan anak kita kuat untuk menulis, memotong, guna gunting dengan betul,
menyuap makanan, memakai butang baju,
zip baju atau seluar, dan lain2.

Ibu bapa boleh latih anak sendiri di rumah. Antara 10 aktiviti yg boleh ibu bapa buat dengan anak untuk mengasah skil motor halus.

1. Tracing atau melakar.
Bagi anak trace atau lakar mengikut garisan
yang kita buat. Boleh juga buat garis putus2
dan minta anak sambungkan.
Ini bagus untuk otot jari & tangan serta daya fokus anak.

2. Susun ikut bentuk
Lukis garisan berombak, minta anak
susun butang di atas garisan tu. 
Bila anak guna hujung jari untuk ambil
butang tu, ianya melenturkan otot jari & tangan anak.

3. Main doh atau clay.
Bermain doh atau clay ialah
salah satu terapi untuk jari & ibu jari.
Biar anak menguli doh tersebut.
Buat pelbagai bentuk dengan jari.
Menekan dengan acuan.
Anak juga pasti seronok!

4.  Main pasir!
Pasir sangat bagus untuk rangsang otot jari
dan tapak tangan. Kalau tak dapat ke pantai,
guna je pasir kinetik. Mudah kan.
Ajak anak buat istana pasir pasti oh-sem!

5. Bermain “busy kit”
Sejak kebelakangan ni, konsep busy kit ni sangat terkenal.
Macam-macam aktiviti menarik boleh buat
dan boleh di bawa bersama ke mana saja.
Anak belajar mengikat tali kasut, belajar membuka zip,
membuka suiz & macam2 lagi.

6.  Rantai beads
Sediakan beads dan benang atau tali.
Ajak anak masukkan beads ke dalam nya. 
Wow.. sambil asah skil dapat rantai cantik!

7. Lacing
Buat bentuk pada kertas keras lepas tu
tebuk lubang disekelilingnya. 
Minta anak masukkan tali ke dalam lubang.
Aktiviti ini melatih menggunakan jari
dan juga koordinasi mata dan tangan.

8. Menampal kertas atau sticker
Buat kolaj bentuk apple. Minta anak tampal kertas
di dalam bentuk sehingga penuh.
Atau tampal menggunakan sticker. 

9. Kategorikan objek kecil.
Gunakan butang, beads atau pompom
minta anak susun ikut warna atau size.

10.  Menggunakan penyepit.
Sediakan benda2 kecil seperti pom pom,
minta anak pindahkan pom pom itu dari
satu tempat ke tempat lain menggunakan penyepit.
Aktiviti ni menggalakkan penggunaan jari & tangan. 

Kedai kecil saya ada juga menjual educational toys untuk bantu 
mengasah skil motor halus anak anak. 
Ibu ayah yang berminat boleh hubungi saya untuk saya cadangkan educational 
toys yang sesuai. 😉😉😉😉
                       Ibu bapa rajinkanlah diri anda melakukan aktiviti-aktiviti untuk anak-anak.

Tips Bantu Anak Anak Seronok Belajar Mengaji Menggunakan Flip Kad Iqra'


 Mengajar mengaji untuk anak anak sekarang bukan semudah zaman kita dahulu. Ibu bapa sekarang perlukan ilmu untuk mendidik anak. Cara didikan sekarang bukan seperti dahulu yang bila gurunya keluarkan rotan terus diam membisu. Mengajar anak anak sekarang belajar dalam suasana yang menyeronokan dan tidak tertekan. 

1- Riba anak kita atau dudukkan anak kita atas riba kita sambil baca FLIP CARD IQRA

✅ Bila kita peluk anak atau riba anak kita sambil bacakan anak kita FLIP CARD IQRA, anak kita akan rasa seronok sebab dia dipeluk atau diriba sambil dia mendengar suara ibunya.

Pelukan atau berada atas ribaan ibu ayah membuatkan anak kita rasa selamat dan dilindungi.


2- Pilih 5-10 kad sahaja untuk pembelajaran anak pada satu sessi yang singkat

✅ Dalam satu sessi pembelajaran bersama anak anak, pilih 5-10 keping kad sahaja dalam Flip Card IQRA untuk dibacakan kepada anak anak supaya anak anak kita teruja dan tidak cepat bosan...sesi mestilah singkat iaitu sekitar 2 minit ke 5 minit sahaja dan pastikan berhenti sebelum anak kita bosan


3- Mainkan video panduan Flip CARD IQRA selepas sesi belajar bersama FLIP CARD

✅ Team FLIP CARD IQRA ada membekalkan VIDEO pembelajaran bersama Qari cilik Abdullah Bin Amri..jadi ibu ayah boleh mainkan video sebagai daya tarikan untuk anak anak belajar..sebut bersama sama anak mengikut video pembelajaran..Insyaallah berkesan dan anak mudah ingat apa yang dia belajar


4- Berikan GANJARAN selepas anak selesai sessi pembelajaran bersama FLIP CARD IQRA

✅ Ibu ayah boleh berikan tanda 5 bintang di bahagian CARTA GANJARAN yang disediakan dalam Flip card iqra..boleh juga belikan sticker yang ada gambar bintang supaya anak anak lebih teruja bila nampak ada ganjaran dengan bintang bintang yang cantik pada FLIP CARD IQRA

🌈Akhir sekali ibu ayah jangan jemu dan putus asa dalam mendidik anak anak...mendidik anak anak menjadi insan yang bermanfaat untuk ummah adalah tanggung jawab kita..selagi kita masih bernyawa, mari kita laksanakan tanggung jawab kita sebaiknya..



Ciri ciri menarik Flip Card Iqra' yang terbaru

kandungan FLIP CARD IQRA' ialah

✅belajar mengenal huruf
✅mengenal baris
✅mengenal tanwin
✅huruf mad
✅ bacaan bersabdu dan tanda mati serta huruf bersambung.

Kesemua ini adalah asas penting di dalam pembacaan Al-Quran.

Bagusnya Flip Card Iqra' ni boleh berdiri di atas meja seperti Kalendar jadi mudah anak anak nak belajar membaca secara santai dan dalam suasana yang tidak membosankan.

Flip Card Iqra' ini juga dilengkapi QR Code yang boleh di scan untuk anak anak menonton 10 video pembelajaran

 Jadi tak rugi kalau ibu ayah dan guru guru dapatkan Flip Kad Iqra' untuk anak anak yang baru mula mengenal huruf huruf Al Quran. Semoga dengan sedikit usaha ini dapat kita tuai hasilnya di akhirat nanti. 

Hubungi saya untuk dapatkan Flip Kad Iqra' ini yer.... 😉😉😉

7 Tips Bagaimana Cara Untuk Anak anak Mengaji Dengan Gembira

Slides dari Kelas Mommy Happy. 









Semoga bermanfaat. Kalau ada ibu ayah yang mencari BBM untuk anak anak boleh whatsapp saya yer 😉😉😉😉

 

FLIP KAD WOW BBM 3 Dalam Satu

 



Menyedari tentang kepentingan pendidikan awal kanak kanak, pihak Mommy Happy telah mengasaskan satu produk yang sangat menarik untuk ibubapa dan guru guru gunakan. 

Produk Flip Kad WOw ini adalah BBM yang boleh membantu anak anak menguasai 3M - membaca, menulis dan mengira. 

Flip Card Wow dengan fungsi dan ciri ciri menarik untuk membantu ibu ayah dan cikgu menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menarik dan lebih wow setiap hari 

Flip Card kali ini unik dan sangat berbeza daripada Flip lain yang berada dipasaran

 ❤  Flip Card Wow ini boleh membantu menarik minat anak anak untuk belajar membaca Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik 

❤ Sangat bagus sebab kad bersaiz besar..ibu ayah dan cikgu puas hati tau sebab kad besar dan jelas...

❤ Untuk cikgu cikgu guna dalam kelas yang ada 25 pelajar pun semua boleh nampak...

❤ Yang sangat bagus lagi ada 120 keping kad yang glossy depan belakang tau..dengan adanya fungsi glossy ini membolehkan ibu ayah dan cikgu melakukan pelbagai Aktiviti kreatif pada kad ini..

❤ Pelbagai Aktiviti menarik boleh dibuat menggunakan Whiteboard Marker Pen dan juga Playdough 

❤ Untuk subjek Matematik anak anak belajar mengenal nombor 1-100, operasi tambah, operasi tolak, operasi darab, operasi bahagi

❤ Anak anak juga belajar mengenal jam dan waktu

❤ Anak anak juga belajar tentang konsep pecahan 

❤ Anak anak juga belajar menambahkan perkataan pada ruangan Let’s Read And Write dimana banyak perkataan baru yang anak anak akan belajar 

❤ Anak anak juga belajar melukis..boleh melukis berulang kali

❤ Anak anak juga belajar menulis cerita berdasarkan gambar


Ibu ayah dan guru guru pendidikan awal kanak kanak yang berminat untuk dapatkan BBM ini, boleh hubungi saya. 😊😊


10 Tips Ajar Anak Hafal Sifir Dengan Mudah

Saya nak kongsi tentang cara saya ajar anak saya hafal sifir dan bahan bahan yang saya gunakan bersama anak. Anak saya yang kedua memang lemah matematik berbanding abang dia. Jadi untuk masuk ke tahun 2, saya gunakan sepenuhnya cuti sekolah kali ini untuk pastikan anak boleh menghafal sifir. Sifir adalah salah satu operasi yang bakal menjadi salah satu topik dalam subjek matematik tahun 2. Jadi cuti panjang kali ini, perlu dimanfaatkan sebaiknya.


1- saya SETKAN TARGET dengan anak untuk apa yang perlu dicapai di akhir cuti sekolah kali ini. Kalau berjaya hafal sifir 1-12, dia akan dapat toy yang dah lama minta. Dia dah lama minta nak toy cuma saya yang masih belum tunaikan. Saya jadikan toy tersebut sebagai ganjaran untuk dia bila dia berjaya hafal sifir.

2- saya gunakan EBOOK SIFIRLICIOUS dari Cikgu Mohd Fadli. Saya dok peram lama tunggu cuti sekolah baru nak guna. Saya print topik untuk Hafal sifir cara kuno.


3- saya bagi anak saya tengok video cara cikgu Fadhli mengajar tentang sifir. Konsep yang paling penting anak kena faham tentang sifir adalah tambah yang berulang. Masa ni la dia paling suka sebab dapat guna ipad untuk belajar. 


Nota dari video Cikgu Fadhli 

4- saya minta anak hafal sifir satu hari satu kumpulan sifir. Saya akan pastikan anak akan cekap untuk satu satu nombor dan MEMBUAT LATIH TUBI. Saya masih gunakan latih tubi daripada ebook Sifirlicious.

5- Sifir yang paling mudah untuk anak hafal adalah sifir 1,2,5,10,11. 😀 sifir yang boleh dihafal guna konsep jari yang saya sendiri baru tau adalah sifir 9. Sungguh guna tangan boleh hafal sifir 9 macam kacang. Ada juga buku untuk bantu ibu bapa ajar anak hafal sifir guna tangan.


6- saya juga PRINTKAN JADUAL SIFIR yang saya ambil dari Pinterest atau google. Search ja Multiplication table kat google search engine nanti keluar la. Lepas tu laminate dan potong kecil kecil. Saya suruh anak saya bawa masa travel dalam kereta. Hafal sama sama dengan anak. 

                      

7- Selain guna ebook Cikgu Fadli, saya minta anak saya buat latih tubi guna buku SIFIR VENGERS. Setiap hari satu muka surat. Standard buku ni lebih kurang sama dengan homework KUMON yang abang dia dok buat hari hari. Buku ni mula dari level yang mudah hingga la kepada yang agak susah. ada lebih kurang 1500 latih tubi untuk bantu anak cekap sifir. 





8- tak dinafikan, dia masih kurang cekap untuk congak bila saya bagi soalan secara spontan. Satu cara yang mungkin boleh digunakan adalah CARI SIFIR YANG TERDEKAT YANG DIA BOLEH INGAT kemudian tambah secara berulang.

Contoh soalan : 8 x 8

Sifir terdekat yang dia boleh ingat.
Contoh;
8 x 5 = 40
8 x 6 = 40 + 8 = 48
8 x 7 = 48 + 8 = 56
8 x 8 = 56 + 8 = 64

9- saya tak nak anak hafal sifir dengan stress dan tertekan. Saya nak dia faham konsep sifir iaitu penambahan nombor yang sama secara berulang. Ada pelbagai cara yang boleh digunakan yang cikgu Fadhli ajar dalam ebook dan video sifirlicious tapi saya tetap pilih hafal cara kuno. Biar susah susah dahulu senang senang kemudian.

10- setelah hampir sebulan, akhirnya berjaya juga hafal sifir penuh 1-12. Walaupun tak lancar tapi yang penting dia faham tentang sifir dan boleh jawab latih tubi walaupun ada kala terdengar keluhan "bagi masa saya fikir sekejap". Dan Akhirnya toy yang diminta sampai juga ke tangan. Ibu puas hati dan anak gembira. 



Jom hafal sifir anak anak.
Selamat belajar semua!!


NOTA: Kalau ada yang berminat nak dapatkan bahan bahan yang saya gunakan, jangan malu malu hubungi saya yer. 




 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in