TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


10 Tips Ajar Anak Hafal Sifir Dengan Mudah

Saya nak kongsi tentang cara saya ajar anak saya hafal sifir dan bahan bahan yang saya gunakan bersama anak. Anak saya yang kedua memang lemah matematik berbanding abang dia. Jadi untuk masuk ke tahun 2, saya gunakan sepenuhnya cuti sekolah kali ini untuk pastikan anak boleh menghafal sifir. Sifir adalah salah satu operasi yang bakal menjadi salah satu topik dalam subjek matematik tahun 2. Jadi cuti panjang kali ini, perlu dimanfaatkan sebaiknya.


1- saya SETKAN TARGET dengan anak untuk apa yang perlu dicapai di akhir cuti sekolah kali ini. Kalau berjaya hafal sifir 1-12, dia akan dapat toy yang dah lama minta. Dia dah lama minta nak toy cuma saya yang masih belum tunaikan. Saya jadikan toy tersebut sebagai ganjaran untuk dia bila dia berjaya hafal sifir.

2- saya gunakan EBOOK SIFIRLICIOUS dari Cikgu Mohd Fadli. Saya dok peram lama tunggu cuti sekolah baru nak guna. Saya print topik untuk Hafal sifir cara kuno.


3- saya bagi anak saya tengok video cara cikgu Fadhli mengajar tentang sifir. Konsep yang paling penting anak kena faham tentang sifir adalah tambah yang berulang. Masa ni la dia paling suka sebab dapat guna ipad untuk belajar. 


Nota dari video Cikgu Fadhli 

4- saya minta anak hafal sifir satu hari satu kumpulan sifir. Saya akan pastikan anak akan cekap untuk satu satu nombor dan MEMBUAT LATIH TUBI. Saya masih gunakan latih tubi daripada ebook Sifirlicious.

5- Sifir yang paling mudah untuk anak hafal adalah sifir 1,2,5,10,11. 😀 sifir yang boleh dihafal guna konsep jari yang saya sendiri baru tau adalah sifir 9. Sungguh guna tangan boleh hafal sifir 9 macam kacang. Ada juga buku untuk bantu ibu bapa ajar anak hafal sifir guna tangan.


6- saya juga PRINTKAN JADUAL SIFIR yang saya ambil dari Pinterest atau google. Search ja Multiplication table kat google search engine nanti keluar la. Lepas tu laminate dan potong kecil kecil. Saya suruh anak saya bawa masa travel dalam kereta. Hafal sama sama dengan anak. 

                      

7- Selain guna ebook Cikgu Fadli, saya minta anak saya buat latih tubi guna buku SIFIR VENGERS. Setiap hari satu muka surat. Standard buku ni lebih kurang sama dengan homework KUMON yang abang dia dok buat hari hari. Buku ni mula dari level yang mudah hingga la kepada yang agak susah. ada lebih kurang 1500 latih tubi untuk bantu anak cekap sifir. 





8- tak dinafikan, dia masih kurang cekap untuk congak bila saya bagi soalan secara spontan. Satu cara yang mungkin boleh digunakan adalah CARI SIFIR YANG TERDEKAT YANG DIA BOLEH INGAT kemudian tambah secara berulang.

Contoh soalan : 8 x 8

Sifir terdekat yang dia boleh ingat.
Contoh;
8 x 5 = 40
8 x 6 = 40 + 8 = 48
8 x 7 = 48 + 8 = 56
8 x 8 = 56 + 8 = 64

9- saya tak nak anak hafal sifir dengan stress dan tertekan. Saya nak dia faham konsep sifir iaitu penambahan nombor yang sama secara berulang. Ada pelbagai cara yang boleh digunakan yang cikgu Fadhli ajar dalam ebook dan video sifirlicious tapi saya tetap pilih hafal cara kuno. Biar susah susah dahulu senang senang kemudian.

10- setelah hampir sebulan, akhirnya berjaya juga hafal sifir penuh 1-12. Walaupun tak lancar tapi yang penting dia faham tentang sifir dan boleh jawab latih tubi walaupun ada kala terdengar keluhan "bagi masa saya fikir sekejap". Dan Akhirnya toy yang diminta sampai juga ke tangan. Ibu puas hati dan anak gembira. 



Jom hafal sifir anak anak.
Selamat belajar semua!!


NOTA: Kalau ada yang berminat nak dapatkan bahan bahan yang saya gunakan, jangan malu malu hubungi saya yer. 




0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in