TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Tips Bantu Anak Anak Seronok Belajar Mengaji Menggunakan Flip Kad Iqra'


 Mengajar mengaji untuk anak anak sekarang bukan semudah zaman kita dahulu. Ibu bapa sekarang perlukan ilmu untuk mendidik anak. Cara didikan sekarang bukan seperti dahulu yang bila gurunya keluarkan rotan terus diam membisu. Mengajar anak anak sekarang belajar dalam suasana yang menyeronokan dan tidak tertekan. 

1- Riba anak kita atau dudukkan anak kita atas riba kita sambil baca FLIP CARD IQRA

✅ Bila kita peluk anak atau riba anak kita sambil bacakan anak kita FLIP CARD IQRA, anak kita akan rasa seronok sebab dia dipeluk atau diriba sambil dia mendengar suara ibunya.

Pelukan atau berada atas ribaan ibu ayah membuatkan anak kita rasa selamat dan dilindungi.


2- Pilih 5-10 kad sahaja untuk pembelajaran anak pada satu sessi yang singkat

✅ Dalam satu sessi pembelajaran bersama anak anak, pilih 5-10 keping kad sahaja dalam Flip Card IQRA untuk dibacakan kepada anak anak supaya anak anak kita teruja dan tidak cepat bosan...sesi mestilah singkat iaitu sekitar 2 minit ke 5 minit sahaja dan pastikan berhenti sebelum anak kita bosan


3- Mainkan video panduan Flip CARD IQRA selepas sesi belajar bersama FLIP CARD

✅ Team FLIP CARD IQRA ada membekalkan VIDEO pembelajaran bersama Qari cilik Abdullah Bin Amri..jadi ibu ayah boleh mainkan video sebagai daya tarikan untuk anak anak belajar..sebut bersama sama anak mengikut video pembelajaran..Insyaallah berkesan dan anak mudah ingat apa yang dia belajar


4- Berikan GANJARAN selepas anak selesai sessi pembelajaran bersama FLIP CARD IQRA

✅ Ibu ayah boleh berikan tanda 5 bintang di bahagian CARTA GANJARAN yang disediakan dalam Flip card iqra..boleh juga belikan sticker yang ada gambar bintang supaya anak anak lebih teruja bila nampak ada ganjaran dengan bintang bintang yang cantik pada FLIP CARD IQRA

🌈Akhir sekali ibu ayah jangan jemu dan putus asa dalam mendidik anak anak...mendidik anak anak menjadi insan yang bermanfaat untuk ummah adalah tanggung jawab kita..selagi kita masih bernyawa, mari kita laksanakan tanggung jawab kita sebaiknya..



Ciri ciri menarik Flip Card Iqra' yang terbaru

kandungan FLIP CARD IQRA' ialah

✅belajar mengenal huruf
✅mengenal baris
✅mengenal tanwin
✅huruf mad
✅ bacaan bersabdu dan tanda mati serta huruf bersambung.

Kesemua ini adalah asas penting di dalam pembacaan Al-Quran.

Bagusnya Flip Card Iqra' ni boleh berdiri di atas meja seperti Kalendar jadi mudah anak anak nak belajar membaca secara santai dan dalam suasana yang tidak membosankan.

Flip Card Iqra' ini juga dilengkapi QR Code yang boleh di scan untuk anak anak menonton 10 video pembelajaran

 Jadi tak rugi kalau ibu ayah dan guru guru dapatkan Flip Kad Iqra' untuk anak anak yang baru mula mengenal huruf huruf Al Quran. Semoga dengan sedikit usaha ini dapat kita tuai hasilnya di akhirat nanti. 

Hubungi saya untuk dapatkan Flip Kad Iqra' ini yer.... 😉😉😉

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in