TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


10 Aktiviti Asah Skil Motor Halus Kanak Kanak

 


Skil motor halus ni sangat penting tau. Sebab ia melibatkan penggunaan halus otot-otot kecil
yang mengawal jari & tangan. 

Skil ni untuk membolehkan anak kita kuat untuk menulis, memotong, guna gunting dengan betul,
menyuap makanan, memakai butang baju,
zip baju atau seluar, dan lain2.

Ibu bapa boleh latih anak sendiri di rumah. Antara 10 aktiviti yg boleh ibu bapa buat dengan anak untuk mengasah skil motor halus.

1. Tracing atau melakar.
Bagi anak trace atau lakar mengikut garisan
yang kita buat. Boleh juga buat garis putus2
dan minta anak sambungkan.
Ini bagus untuk otot jari & tangan serta daya fokus anak.

2. Susun ikut bentuk
Lukis garisan berombak, minta anak
susun butang di atas garisan tu. 
Bila anak guna hujung jari untuk ambil
butang tu, ianya melenturkan otot jari & tangan anak.

3. Main doh atau clay.
Bermain doh atau clay ialah
salah satu terapi untuk jari & ibu jari.
Biar anak menguli doh tersebut.
Buat pelbagai bentuk dengan jari.
Menekan dengan acuan.
Anak juga pasti seronok!

4.  Main pasir!
Pasir sangat bagus untuk rangsang otot jari
dan tapak tangan. Kalau tak dapat ke pantai,
guna je pasir kinetik. Mudah kan.
Ajak anak buat istana pasir pasti oh-sem!

5. Bermain “busy kit”
Sejak kebelakangan ni, konsep busy kit ni sangat terkenal.
Macam-macam aktiviti menarik boleh buat
dan boleh di bawa bersama ke mana saja.
Anak belajar mengikat tali kasut, belajar membuka zip,
membuka suiz & macam2 lagi.

6.  Rantai beads
Sediakan beads dan benang atau tali.
Ajak anak masukkan beads ke dalam nya. 
Wow.. sambil asah skil dapat rantai cantik!

7. Lacing
Buat bentuk pada kertas keras lepas tu
tebuk lubang disekelilingnya. 
Minta anak masukkan tali ke dalam lubang.
Aktiviti ini melatih menggunakan jari
dan juga koordinasi mata dan tangan.

8. Menampal kertas atau sticker
Buat kolaj bentuk apple. Minta anak tampal kertas
di dalam bentuk sehingga penuh.
Atau tampal menggunakan sticker. 

9. Kategorikan objek kecil.
Gunakan butang, beads atau pompom
minta anak susun ikut warna atau size.

10.  Menggunakan penyepit.
Sediakan benda2 kecil seperti pom pom,
minta anak pindahkan pom pom itu dari
satu tempat ke tempat lain menggunakan penyepit.
Aktiviti ni menggalakkan penggunaan jari & tangan. 

Kedai kecil saya ada juga menjual educational toys untuk bantu 
mengasah skil motor halus anak anak. 
Ibu ayah yang berminat boleh hubungi saya untuk saya cadangkan educational 
toys yang sesuai. 😉😉😉😉
                       Ibu bapa rajinkanlah diri anda melakukan aktiviti-aktiviti untuk anak-anak.

0 comments:

Post a comment

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in